Pada 19 Jun 2009 - Jam 4.30 petang, Pihak Tourism Malaysia, Negeri Sembilan telah mengadakan penggambaran kembara Zoom Malaysia di Negeri Sembilan. Antara lokasi yang dikunjungi ialah StarFresh Agro Park, Seremban. Kumpulan Caklempong Nur T.A Najihah, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Daerah Senawang telah diundang untuk mengadakan persembahan sepanjang penggambaran tersebut.
Seramai 10 orang ahli-ahli Kumpulan Caklempong Nur T.A Najihah yang diketuai oleh Puan Siti Zabedah telah mempersembahkan berbagai irama dan lagu, antaranya Lengagang Kanggung, Ikan Kekek, Bongai, Tak Tun-Tun, Ayam Den Lopeh, Muduik Arau, Buguih Lamo, Jankling Nona, Poco-Poco, Tunang Pak Duku dan bermacam-macam lagu lagi.
Raja Noren dari Tourisam Malaysia Negeri Sembilan juga turut mengundang Kumpulan Nur T.A Najihah untuk mengadakan persembahan sempena kembara Zoom Malaysia di Kuala Klawang, iaitu di Muzium Adat, Jelebu pada 20 Jun 2009.
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)