Kumpulan Nur T.A Najihah, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan Daerah Senawang akan mengadakan persembahan pada:
1. 22/5/09 - Di Star Fresh Agro Park Km 12 Jalan Kuala Pilah - Seremban, jam 8.30 - 10.30 malam - Penyanyi Zalifah Ibrahim - Promosi Tourism Malaysia
2. 31/5/09 Perlancaran 'Paint Ball Activities' peringkat Negeri Sembilan di Agro Park jam 8.30 pagi - 9.30 pagi - Penyanyi Zalifah Ibrahim
3. 12/6/09 - Jam 8.30 malam - Persembahan Promosi Kumpulan Remaja di Agro Park - Penyanyi Zalifah Ibrahim
4. 27/6/09 - Persembahan kumpulan Remaja di Majlis perkahwinan di Istana Salatin, Tuanku Jaafar Golf & Country Resort, Sunagi Gadut Seremban.
Untuk pertanyaan / tempahan sila hubungi Pengurus En. Radzali 013-341 8171 / Ketua Kumpulan Puan Latifah 016-659 2364 / Pengerusi LKPIM Senawang Puan Che Wan Khairiah 019-662 8171 atau e-mail ke zaligani@gmail.com.
Saturday, May 23, 2009
Perkenan Diraja
Pada 26hb. Jun 2005, semasa Majlis Perasmian Penubuhan LKPIM Daerah Senawang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Najihah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Ampuan Negeri Sembilan merangkap Penaung DiRaja LKPIM Negeri Sembilan.. Pengerusi Penaja didalam ucapannya di majlis tersebut telah menyembah maklumkan kepada Baginda Tuanku tentang penubuhan kumpulan caklempong LKPIM Daerah Senawang ini,
DYMM Tuanku telah menzahirkan perkenannya diatas penubuhan kumpulan caklempong ini dan berharap agar LKPIM akan terus mengembangkan aktiviti yang bercorak kebudayaan untuk ahli-ahli.
Pada 27hb. Februari 2007, Pengerusi Penaja telah menulis surat permohonan resmi kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan yang baru iaitu Encik Mesran bin Mohd. Yusop untuk membenarkan ahli-ahli LKPIM menjalani latihan.
Pada 5hb. Mac 2007 Pengarah JKK&W Negeri Sembilan telah meluluskan sessi latihan ahli-ahli kumpulan caklempong LKPIM Daerah Senawang (Surat Ruj. No: JKKWNS/1.1/25 (20)
Pada 31hb. Mac 2007, Pengerusi LKPIM telah dititah mengadap Kebawah Duli Tuanku Ampuan di Istana Hinggap Seremban untuk berbincang tentang kemajuan dan perkembangan kumpulan Caklempong LKPIM Daerah Senawang. Kebawah Duli Tuanku telah bertitah untuk berangkat menyaksikan sessi latihan ahli-ahli kumpulan di Taman Budaya pada 30hb. Julai 2007 (Isnin)
Pada 6hb. Julai 2007, sekali lagi Pengerusi LKPIM Daerah Senawang telah dititah mengadap kebawah DYMM Tuanku Ampuan di Istana Hinggap Seremban berbincang tentang keberangkatan Tuanku menyaksikan latihan Kumpulan Caklempong ini
Pada jam 10.45 malam 6 hb. Julai 2007 di kamar kesenangan Istana Hinggap, Seremban DYMM Tuanku Ampuan telah berkenan untuk menamakan kumpulan ini dengan nama “ NUR T.A NAJIHAH “ sempena keberangkatan Tuanku ke sessi latihan tersebut pada 30hb. Julai 2007.
Pada 9hb. Julai 2007 jam 3.30 petang Pengerusi Penaja bersama Ketua Kumpulan Caklempong Puan Latifah bt. Duya telah mengadakan perbincangan dengan Encik Mesran Mohd Yusof. Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan mengenai aturcara dan persiapan keberangkatan DYMM Tuanku pada 30hb. Julai 2007.

Friday, May 22, 2009
Sejarah Nur T.A Najihah
Pengerusi Penaja LKPIM Daerah Senawang Che’ Wan Khairiah binti Dato’ Haji Ariffin, telah berbincang dengan suaminya Encik Radzali bin A. Ghani, selaku Bendahari Majlis Kebudayaan (MKN) Negeri Sembilan tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah Kumpulan Caklempong bagi ahli-ahli LKPIM Daerah Senawang.
Pada 2hb. April 2005, Encik Radzali telah menghubungi Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri, Negeri Sembilan iaitu Encik Rauf bin Putih yang juga merupakan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Keseniandan Warisan Negeri Sembilan ketika itu. Secara lisannya, En. Rauf telah bersetuju membenarkan ahli-ahli LKPIM Daerah Senawang untuk menjalani latihan dibawah bimbingan Encik Yuzaimuddin bin Mohd. Yusof, seorang Jurulatih muzik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan di Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Taman Budaya, Jalan Sungai Ujung Negeri Sembilan pada
setiap hari Isnin jam 4.00 petang .

Subscribe to:
Posts (Atom)