Saturday, May 23, 2009

Perkenan Diraja

Pada 26hb. Jun 2005, semasa Majlis Perasmian Penubuhan LKPIM Daerah Senawang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Najihah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Ampuan Negeri Sembilan merangkap Penaung DiRaja LKPIM Negeri Sembilan.. Pengerusi Penaja didalam ucapannya di majlis tersebut telah menyembah maklumkan kepada Baginda Tuanku tentang penubuhan kumpulan caklempong LKPIM Daerah Senawang ini,

DYMM Tuanku telah menzahirkan perkenannya diatas penubuhan kumpulan caklempong ini dan berharap agar LKPIM akan terus mengembangkan aktiviti yang bercorak kebudayaan untuk ahli-ahli.

Pada 27hb. Februari 2007, Pengerusi Penaja telah menulis surat permohonan resmi kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan yang baru iaitu Encik Mesran bin Mohd. Yusop untuk membenarkan ahli-ahli LKPIM menjalani latihan.

Pada 5hb. Mac 2007 Pengarah JKK&W Negeri Sembilan telah meluluskan sessi latihan ahli-ahli kumpulan caklempong LKPIM Daerah Senawang (Surat Ruj. No: JKKWNS/1.1/25 (20)

Pada 31hb. Mac 2007, Pengerusi LKPIM telah dititah mengadap Kebawah Duli Tuanku Ampuan di Istana Hinggap Seremban untuk berbincang tentang kemajuan dan perkembangan kumpulan Caklempong LKPIM Daerah Senawang. Kebawah Duli Tuanku telah bertitah untuk berangkat menyaksikan sessi latihan ahli-ahli kumpulan di Taman Budaya pada 30hb. Julai 2007 (Isnin)

Pada 6hb. Julai 2007, sekali lagi Pengerusi LKPIM Daerah Senawang telah dititah mengadap kebawah DYMM Tuanku Ampuan di Istana Hinggap Seremban berbincang tentang keberangkatan Tuanku menyaksikan latihan Kumpulan Caklempong ini

Pada jam 10.45 malam 6 hb. Julai 2007 di kamar kesenangan Istana Hinggap, Seremban DYMM Tuanku Ampuan telah berkenan untuk menamakan kumpulan ini dengan nama “ NUR T.A NAJIHAH “ sempena keberangkatan Tuanku ke sessi latihan tersebut pada 30hb. Julai 2007.

Pada 9hb. Julai 2007 jam 3.30 petang Pengerusi Penaja bersama Ketua Kumpulan Caklempong Puan Latifah bt. Duya telah mengadakan perbincangan dengan Encik Mesran Mohd Yusof. Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan mengenai aturcara dan persiapan keberangkatan DYMM Tuanku pada 30hb. Julai 2007.

No comments:

Post a Comment