Friday, May 22, 2009

Sejarah Nur T.A Najihah

Pengerusi Penaja LKPIM Daerah Senawang Che’ Wan Khairiah binti Dato’ Haji Ariffin, telah berbincang dengan suaminya Encik Radzali bin A. Ghani, selaku Bendahari Majlis Kebudayaan (MKN) Negeri Sembilan tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah Kumpulan Caklempong bagi ahli-ahli LKPIM Daerah Senawang.

Pada 2hb. April 2005, Encik Radzali telah menghubungi Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri, Negeri Sembilan iaitu Encik Rauf bin Putih yang juga merupakan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Keseniandan Warisan Negeri Sembilan ketika itu. Secara lisannya, En. Rauf telah bersetuju membenarkan ahli-ahli LKPIM Daerah Senawang untuk menjalani latihan dibawah bimbingan Encik Yuzaimuddin bin Mohd. Yusof, seorang Jurulatih muzik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan di Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Taman Budaya, Jalan Sungai Ujung Negeri Sembilan pada
setiap hari Isnin jam 4.00 petang .

No comments:

Post a Comment